Info Sekolah

Sejarah Sekolah



P
ada asalnya sekolah ini ditubuhkan pada 1927 dan dikenali dengan nama Sekolah  Kebangsaan Perempuan Pekan. Ia merupakan sekolah perempuan yang pertama di daerah Pekan. Tapak asalnya ialah di kawasan Berek Polis (PKG Bandar Pekan sekarang). Guru Besar pertamanya ialah Tengku Mas Hurai.
Pada tahun 1939, sekolah ini telah dipindahkan ke Ketapang (tapak Sekolah Kebangsaan Pusat) dan murid perempuan belajar di sesi petang. Pada tahun 1953, dengan  pakatan orang-orang kampong sebagai lembaga sekolah, telah membangunkan sebuah bangunan tambahan. Pada tahun 1958, padang sekolah ini dibina. Pada 2 Ogos 1959, kantin sekolah dibina dengan perbelanjaan RM 490.00
Pada bulan Januari 1959, mata pelajaran Urusan rumahtangga diperkenalkan dan diajar oleh Cikgu Zainab bin Omar yang merupakan isteri kepada Penolong Pegawai Daerah Pekan pada ketika itu. Pada 21 April 1959, mata pelajaran Bahasa Inggeris diperkenalkan buat kali pertama di sekolah ini dan diajar oleh Cik Fadhilah binti Abdul Kadir. Pada 8 Disember 1960, sekolah ini menerima kipas angin dan lampu serta bekalan elektrik. Pada 2 Januari 1961, sekolah menerima seorang tukang kebun, Encik Ismail bin Hj Mohammad manakala pada 15 Januari 1961, sekolah ini mendapat seorang kerani, iaitu Cik Wan Zaharah binti Wan Hasan.

Pada 9 April 1961, murid-murid darjah 4 hingga 6 sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Lelaki Pekan dan murid-murid darjah 1 hingga 3 Sekolah Lelaki Pekan telah dipindahkan ke sekolah ini atas arahan Pejabat Pelajaran Pahang. Dari tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Pekan. Sekolah ini dibuka untuk 2 sesi.  Pada 9 Ogos 1971, sekolah ini berpindah ke Padang Manggis, Padang Polo Pekan dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Seri  Terentang Pekan.









Logo Sekolah



BIRU : Perpaduan seluruh murid tanpa mengira bangsa dan agama.


MERAH  : Menandakan kemajuan pelajaran tiada hadnya dalam kalangan murid-murid dan ini disamakan dengan lambang obor ditengah itu.


KUNING : Menunjukkan kedaulatan Raja sebagai pemerintah.


BENDERA PAHANG : Menunjukan sekolah ini dibina di Negeri Pahang.