Sejarah Sekolah
P
|
ada asalnya
sekolah ini ditubuhkan pada 1927 dan dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Perempuan Pekan. Ia merupakan
sekolah perempuan yang pertama di daerah Pekan. Tapak asalnya ialah di kawasan
Berek Polis (PKG Bandar Pekan sekarang). Guru Besar pertamanya ialah Tengku Mas
Hurai.
Pada tahun 1939, sekolah ini telah dipindahkan ke Ketapang (tapak
Sekolah Kebangsaan Pusat) dan murid perempuan belajar di sesi petang. Pada
tahun 1953, dengan pakatan orang-orang
kampong sebagai lembaga sekolah, telah membangunkan sebuah bangunan tambahan.
Pada tahun 1958, padang sekolah ini dibina. Pada 2 Ogos 1959, kantin sekolah
dibina dengan perbelanjaan RM 490.00
Pada bulan Januari 1959, mata pelajaran Urusan rumahtangga
diperkenalkan dan diajar oleh Cikgu Zainab bin Omar yang merupakan isteri
kepada Penolong Pegawai Daerah Pekan pada ketika itu. Pada 21 April 1959, mata
pelajaran Bahasa Inggeris diperkenalkan buat kali pertama di sekolah ini dan
diajar oleh Cik Fadhilah binti Abdul Kadir. Pada 8 Disember 1960, sekolah ini
menerima kipas angin dan lampu serta bekalan elektrik. Pada 2 Januari 1961, sekolah
menerima seorang tukang kebun, Encik Ismail bin Hj Mohammad manakala pada 15
Januari 1961, sekolah ini mendapat seorang kerani, iaitu Cik Wan Zaharah binti
Wan Hasan.
Pada 9 April 1961, murid-murid darjah 4 hingga 6 sekolah ini telah
dipindahkan ke Sekolah Lelaki Pekan dan murid-murid darjah 1 hingga 3 Sekolah
Lelaki Pekan telah dipindahkan ke sekolah ini atas arahan Pejabat Pelajaran
Pahang. Dari tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah
Kebangsaan Pekan. Sekolah ini dibuka untuk 2 sesi. Pada 9 Ogos 1971, sekolah ini berpindah ke
Padang Manggis, Padang Polo Pekan dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan
Seri Terentang Pekan.
Logo Sekolah